PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR
DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.? (HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)
Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara? serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disamping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.
Imam Ghazali didalam perkara ini menjelaskan: ?Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorogan agama ialah hidayah ALlah kepada manusia untuk mengenal-Nya, Rasul-Nya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membedakan manusia dengan binatang dalam hal menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.?
Jamaluddin al-Qasimi pula mengatakan, bahawa barangsiapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus menerus, orang tersebut termasuk golongan orang-orang yang sabar.
Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:
1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.
2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.
3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.
Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:
a. Hasil undangan dan kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai pembalasan langsung dan dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang-Nya untuk menghapus dosa kedurhakaannya di dunia ini dan ia akan keluar dan dunia ini dalam keadaan suci bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan martabatnya, baik di dunia mahupun akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapatkan hukuman.
b. Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang, dan nanti akan diganti di akhirat dengan rahmat dan keredhaan-Nya.
Apabila seseorang itu menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, tidak gelisah dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangannya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga. Begitu juga Allah SWT tidak akan memberikan buku catatan amalnya serta membukakan rahsianya dihadapan orang ramai.
Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal shaleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya.
Hadis diatas juga mengandung makna bahawa:
a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlaknya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.
b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Khaliknya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.
Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur?an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.
Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.
Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuli istiqamah.
Dalam keterangan yang lain pula di jelaskan bahawa sabar itu ada lima macam, iaitu:
1. Sabar dalam beribadah, ialah tekun mengendalikan din melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya.
2. Sabar ketika di timpa malapetaka atau musibah, ialah teguh hati ketika ditimpa musibah (cubaan atau ujian) baik yang berbentuk kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.
3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terlalu terpaut terhadap kenikmatan hidup di dunia ini dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.
4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak berbuat maksiat. Sabar terhadap maksiat ini bukan sahaja berkenaan dengan diri sendiri, tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjatuh ke jurang kemaksiatan, dengan melakukan amal ma?ruf nahi mungkar (mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegahnya dan perbuatan yang salah serta buruk).
5. Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang surut, masa menang dan masa kalah.Sedangkan sabar dalam bentuk rohaniah itu terbagi pula kepada beberapa macam:
a. Iffah, iaitu sabar menahan nafsu dan seks.
b. Tasamuh, iaitu menahan diri dan lapang dada dalam menghadapi lawan.
c. Kitman, iaitu menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi rahsia suami sendiri.
d. Zuhud, iaitu menahan diri dan godaan keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagiaan di akhirat.
e. Qana?ah, iaitu menahan diri dan hidup berlebih-lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil usaha.
Oleh kerana itu wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati ALlah, jadikanlah sifat sabar ini sebagai pakaianmu sehari-hari, nescaya hidupmu akan selamat di dunia dan di akhirat nanti.

0 comments:
Post a Comment