Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Petua Doa Makbul
by USTAZ ZAHAZAN MOHAMED
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah .
2. Memulakan dengan pujian
kepada Allah , diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurang
kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah AlhamdulilLah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah: 3. Mengakhiri Doa dengan Pujian kepada Allah dan salawat kepada Nabi saw juga.
4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa , menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah swt .
5. Berdoa dengan khusyu’ dan rendah diri .
6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat ke dua tangan .
7. Berdoa dengan sabar menanti Dimakbulkan Allah . Sikap terburu-buru mengakibatkan Doa ditolak .
8.
Sentiasa berdoa pada setiap masa,samada ketika senang atau susah.
Perkara ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya` ayat 60
yang bermaksud : Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat
itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu
seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,
kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu
sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
9. Tidak berdoa tentang
perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan
memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda yang bermaksud : Doa
seseorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk
berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim ...( HR Muslim)
10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
11. Merendahkan suara , kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205 :
Maksudnya
: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan
dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan
janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
12. Berdoa
dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak 3 kali . Diriwayatkan daripada
Atha` ra , beliau berkata , tidaklah seseorang hamba mengatakan Ya Rabb
sebanyak tiga kali , melainkan Allah akan mendengar permintaannya .
Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa ,
jawab beliau katalah : Ya Rabb , kerana itulah panggilan para Nabi as
kepada Allah dalam munajat mereka .9
Doa juga perlu selalu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali.
13. Mengadap ke arah kiblat . 10
14. Mengangkat ke dua belah tangan semasa berdoa
15. Berdoa dalam keadaan Berwudhuk .
16. Hendaklah bertaubat serta dan kepada Allah sebelum memohon hajat.
17. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya .
18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna ( al-jami’).
19. Menyeru Allah swt dengan nama-namaNya yang mulia iaitu Al-Asmaul Husna .
20.
Makanan dan Minuman mestilah dari sumber yang halal , kerana Allah
menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan dari sumber yang haram.
21.
Hendaklah melakukan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi anil Munkar . Sabda
Nabi saw yang bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya,
hendaklah kalian menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perkara
yang munkar atau , jika kalian tidak melakukannya Allah akan menurunkan
siksa kepada kalian , hingga apabila kalian berdoa kepadaNya , tetapi
tidak dimakbulkan”.( HR at-Tirmizi, dianggapnya sebagai hasan)
22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan jari ibu kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. 11
24. Menyapu Muka Dengan tangan Selesai Berdoa .
Umar bin Khattab pula menceritakan, apabila baginda mengangkat kedua
belah tangannya berdoa, baginda tidak akan menjatuhkannya sehinggalah
disapu mukanya dengan kedua belah tangan tersebut.
(HR at- Tirmizi dan al-Hakim)
25. Mengaminkan Doa yang dibacakan .
1 comments:
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya
Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
Semoga Allah Memberkahi kita semua
Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya
Amin
Post a Comment