Tuesday, September 2, 2008

Malam Lailatu Qadar


LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:

Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:

Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti :

  • Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
  • Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
  • Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
  • Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
  • Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.
  • Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
  • Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
  • Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah :

  • Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
  • Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
  • Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu.

dipetik dari uztat Wan Marzuki..

PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR


PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR

DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.? (HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)

Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara? serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disam­ping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

Imam Ghazali didalam perkara ini menjelaskan: ?Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorogan agama ialah hidayah ALlah kepada manusia untuk mengenal-Nya, Rasul-Nya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membedakan manusia dengan binatang dalam hal menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.?

Jamaluddin al-Qasimi pula mengatakan, bahawa barangsiapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus ­menerus, orang tersebut termasuk golongan orang-orang yang sabar.

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:

1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penya­kit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.

2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

a. Hasil undangan dan kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai pembalasan langsung dan dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang-Nya untuk menghapus dosa kedurhakaannya di dunia ini dan ia akan keluar dan dunia ini dalam keadaan suci bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk mening­gikan martabatnya, baik di dunia mahupun akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapatkan hukuman.

b. Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-ham­banya secara terus-menerus dirundung malang, dan nanti akan diganti di akhirat dengan rahmat dan keredhaan-Nya.

Apabila seseorang itu menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak menge­luh, tidak gelisah dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala paha­lanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangan­nya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga. Begitu juga Allah SWT tidak akan memberikan buku catatan amalnya serta membukakan rahsianya dihadapan orang ramai.

Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal shaleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya.

Hadis diatas juga mengandung makna bahawa:

a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlak­nya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.

b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Kha­liknya dengan penuh kehambaan. Sebab mengham­bakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.

Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menye­butkan di dalam Al Qur?an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.

Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.

Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuli istiqamah.

Dalam keterangan yang lain pula di jelaskan bahawa sabar itu ada lima macam, iaitu:

1. Sabar dalam beribadah, ialah tekun mengendalikan din melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya.

2. Sabar ketika di timpa malapetaka atau musibah, ialah teguh hati ketika ditimpa musibah (cubaan atau ujian) baik yang berbentuk kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.

3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terlalu terpaut ter­hadap kenikmatan hidup di dunia ini dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.

4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak berbuat maksiat. Sabar terhadap maksiat ini bukan sahaja berkenaan dengan diri sendiri, tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjatuh ke jurang kemaksiatan, dengan melakukan amal ma?ruf nahi mungkar (mengajak manusia melakukan kebaikan dan men­cegahnya dan perbuatan yang salah serta buruk).

5. Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuh­nya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang surut, masa menang dan masa kalah.Sedangkan sabar dalam bentuk rohaniah itu terbagi pula kepada beberapa macam:

a. Iffah, iaitu sabar menahan nafsu dan seks.

b. Tasamuh, iaitu menahan diri dan lapang dada dalam menghadapi lawan.

c. Kitman, iaitu menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi rahsia suami sendiri.

d. Zuhud, iaitu menahan diri dan godaan keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagiaan di akhirat.

e. Qana?ah, iaitu menahan diri dan hidup berlebih-­lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil usaha.

Oleh kerana itu wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati ALlah, jadikanlah sifat sabar ini sebagai pakaianmu sehari-hari, nescaya hidupmu akan selamat di dunia dan di akhirat nanti.

Thursday, August 21, 2008

Bersedekah ..




SALAH satu amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ini ialah amalan bersedekah, menderma, berwakaf atau menolong orang lain sama ada secara individu, membantu organisasi atau membantu pihak yang memerlukan bantuan khususnya dalam bentuk wang, harta benda ataupun perkhidmatan.


Istilah yang digunakan untuk amalan ini, khususnya dalam bulan Ramadan dipanggil amalan “al-jud”. “Al-jud” adalah perkataan bahasa Arab dan secara literal ia bermakna banyak pemberian, banyak bersedekah dan banyak berehsan kepada fakir miskin di bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya amalan “jud” ini salah satu amalan dan ibadat yang dituntut dan ia telah menjadi amalan Rasulullah sepanjang bulan Ramadan kerana amalan ini akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah dengan ganjaran yang besar. Ini jelas seperti hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Saad bin Abi Waqash, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah sangat banyak pemberiannya, menyukai banyak pemberian, lagi Maha Pemurah, menyukai kemurahan tangan hamba-hamba-Nya.”
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, barangkali kita mempunyai sedikit sebanyak kemewahan harta, wang ringgit atau mampu menyumbangkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kepada golongan-golongan yang memerlukan. Amalan atau sikap seperti ini amatlah dituntut sekali dalam Islam.


Orang-orang miskin sama ada di kampung, bandar, rumah-rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan, badan-badan amal yang banyak di negara ini, kesemuanya amat mengharapkan bantuan, derma sumbangan atau sedekah daripada kita yang berkemampuan. Negara dan penduduk negara ini rata-rata masih hidup mewah, walaupun kita sedang menghadapi zaman kegawatan ekonomi tetapi keadaan ini tidak banyak menyekat atau menjadi satu alasan untuk kita atau orang-orang yang berkemampuan untuk tidak bersedekah atau menderma kepada golongan yang memerlukan.


Kalau kita tidak mampu bersedekah secara banyak, atau dalam kuantiti yang besar, barangkali telah disediakan beberapa pilihan atau kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi tertentu untuk memudahkan kita menyumbang atau beramal jariah.
Sebuah riwayat Bukhari dan Muslim dari ibn Abbas yang bermaksud, “Sesungguhnya Nabi SAW orang yang paling murah tangannya, baginda paling bermurah pada bulan Ramadan, ketika Jibril datang kepada Rasulullah untuk mendengar bacaan Al-Quran Nabi, Rasulullah lebih cepat memberikan sesuatu, melebihi kecepatan angin berhembus, di bulan Ramadan baginda tidak meminta sesuatu tetapi baginda sentiasa memberikan sesuatu kepada orang lain.”


‘Role model’ umat Islam dalam segala aspek kehidupan adalah Rasulullah SAW. Ini seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam ayat 21 surah al-Ahzab yang bermaksud, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu orang-orang yang ingin mengharapkan rahmat Allah” Dalam Bulan Ramadhan ..


marilah kita umat islam bersedekah..
kepada sesiapa yang berminat/berhajat untuk membuat sumbangan dari segi sumbangan baju2 terpakai,beras,milo,susu ,buku-buku sekolah,peralatan sekolah dan apa-apa sahaja ..
dengan ini...marilah kita sama-sama membantu mereka yg amat memerlukan..
Biarpun gaji kita bukanlah banyak sgt insyallah dengan bersedekah Allah akan murahkan rezeki kita...insyaallah...

sila berhubung dgn sy melalui

email kite_kecik@yahoo.com
contact 012-6960484 (sha)
012-6225529 (yana)
019-2233950 (syahila)

My next move...

Address
Lot 2191-2A, Pekan Makmur,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Email
darulizzah@bluehyppo.com

Telephone No.
03 - 89257263


Fax No.

03 - 89257263

Website
www.darulizzah.enetmyne.com

 
Blogger Templates by Wishafriend.com